dai’e yang mandul

bisllamillahirrahmanirrahim…

kutujukan tulisanku ini buat para sahabat yang sentiasa menemani diri ini dan sentiasa menjadi sumber kekuatan pada saat diri melalui detik yang sukar.

kutujukan juga bingkisanku ini buat pada dai’e di luar sana yang sentiasa dalam pemikiran mereka untuk mengajak manusia kembali mendekati Allah, kembali kepada satu-satunya Deen yang diredhai ini.

ingin juga aku kongsikan pendapat dan pandanganku yang tak seberapa ini kepada rakan-rakanku yang bertanya akan status ‘facebook’ ku p

ada hari ini.

………………………………………………..

dai’e yang mandul..

Pertama kali mendengar ‘quote’ ini adalah ketika suatu ketika dahulu sebelum menjejakkan kaki di bumi Manchester ini. Daurah (kursus) yang dirancang bagi memantapkan aqidah dan mempersiapkan para peserta sebelum berkelana ke bumi asing. Masih segar diingatan bagaimana diri ini bereaksi setelah mendengarkan perkara ini. Termenung seketika menghadam ayat ini. Menarik untuk dikupas dan mengupas apa yang dimaksudkan oleh quote tersebut.

Lumrah seorang insan yang memegang amanah khalifah di atas muka bumi ini (ruj 2:30), dan seterusnya ummat yang menjadi ummat pertengahan, menjadi saksi ke atas sekalian manusia (ruj 2:143) , atau dalam bahasa mudahnya seorang DAI’E, akan menyeru apa yang diyakininya kepada orang ramai. suatu proses yang dinamakan DAKWAH. Semuanya mempunyai tujuan atau harapan yang sama, iaitu melahirkan seorang lagi muslim yang beperwatakan sepertinya, mampu menyeru apa yang disampaikan kepadanya kepada orang lain serta turut sama berada di medan dakwah yang sama.

Ya, seorang dai’e perlu berfikiran sedemikian, melahirkan ‘klon’ bagi dirinya agar tugas menyeru manusia kembali kepada agama Allah ini turut sama dipikul. Namun yang menjadi masalah adalah apabila, ‘klon’ yang diharap mampu untuk dihasilkan tidak juga menampakkan kejayaan. Proses membina (takwin) manusia ini bukan suatu tugas yang senang. Ianya memerlukan usaha yang berterusan daripada seorang dai’e yang tegar jiwanya. Menarik manusia agar kembali menghayati Islam mungkin ‘mudah’ bagi sesetengah dai’e, tetapi apa yang lebih penting adalah proses pembinaan jiwa mad’u (orang yang diseru) itu sendiri.

Kita bukan setakat mahu melahirkan golongan yang hanya mengikuti usrah, tetapi apa yang diharapkan adalah lebih dari itu. Agar mad’u tersebut mampu menjadi murabbi sama seperti naqib atau murabbinya bahkan lebih baik lagi. Ummat benar-benar memerlukan dai’e yang kental semangatnya, tinggi nilai dakwahnya, baik budi perkerti serta akhlaknya, luas ilmu pengetahuannya, serta tegar jiwanya. Jadi tugas ‘melahirkan’ kelompok begini bagi menerusakn rantaian dakwah Nabi jatuh kepada para dai’e yang ada ketika ini. Proses penghasilan dan pembinaan dai’e baru haruslah dilakukan secara efektif serta produktif. Jangan menjadi dai’e yang mandul!

kepada para dai’e sekalian, jangan hanya mampu berprogram, berJALINAN, berhimpun pada musim sejuk mahupun panas, atau apa program sekalipun, sebaliknya apa yang penting, tindakan susulan selepas itu kerana tugas membina manusia ini, bukannya suatu proses yang pantas. Ianya suatu proses dimana, segala usaha dicurahkan, menggunakan segala kemampuan yang ada dan penyerahan yang total kepada Allah SWT. Janganlah kita menjadi dai’e yang mandul. Tiada ‘klon’ bagi mneruskan tugas murni, menyebarkan Deen ini kepada sekalian manusia.

Semoga Allah membantu usaha menegakkan agamaNya di atas muka bumi ini.

al-khawarizmi [07:58 pm]

,

  1. Refleksi buat semua : ISMA EROPAH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 309 other followers