28
Nov
09

tahu tapi lupa

bismillahirrahmanirrahim…

kutujukan tulisanku ini buat semua buat berkongsi apa yang tersirat dihati, dan kini terzahir di tinta maya ini..

kutujukan juga bingkisanku ini kepada semua sahabat terutama teman sehalaqahku beserta salam cinta dan juga rindu ukhuwah kerana Allah…


kita sebenarnya tahu,

bahawa Allah melihat segala perbuatan kita, dari bangkitnya dari tidur sampailah diri terlena keesokan harinya..diawasinya kita, dicatatnya segala amalan kita, bahkan dijaganya kita bagi mereka yang beriman sebagaimana yang kita imani bahawa allah itu Mengetahui dan Menjaga antara sifatnya..

namun seringkali kita terlupa,

bahawa musuh sentiasa mencari peluang membisikkan kejahatan dalam diri kita..menyorok mereka hinggalah tiba waktu yang sesuai untuk membisikkan kejahatan dalam diri manusia..iaitulah ketika mana hati manusia itu lalai dalam mengingati Allah SWT..hatinya diisi dengan perkara-perkara yang melalaikannya dari zikrullah lantas memberi peluang kepada musuh manusia yang nyata ..

“aku berlindung kepada Tuhan manusia, raja manusia, Sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari jin dan manusia” (an-nas:1-6)

kita sebenarnya tahu,

bahawa segala apa yang berlaku adalah kehendaknya..semua yang terjadi atas keizinanya, tertulis sudah semuanya didalam Lauh Mahfuz akan hidup matinya seseorang anak adam itu..berjaya dan gagal kita semuanya kerana Allah tetapi bersandarkan kepada segala usaha yang dicurahkan..itulah salimul aqidah namanya..aqidah yang sejahtera..meyakini bahawa segala apa yang berlaku adalah kerana Allah.

sekadar gambar hiasan

namun seringkali kita terlupa,

bahawa kita juga sering menyalahkanNya apabila apa yang diharap tidak kunjung tiba, yang dirancang tidak membuahkan hasil yang sepatutnya hinggakan kadangkala betapa mudahnya kita mempertikaikan sesetengah keputusanNya..kita ini tidak mengetahui sifatnya, berlawanan sungguh dengan sifat Allah yang Maha Mengetahui..Dia mengenali diri kita lebih dari kita kenal diri kita sendiri..namun, insan tetap insan, sering terlupa.

“…..tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (2:216)

kita sebenarnya tahu,

bahawa hidup ini sekali dan mati itu pasti..fitrah makhluk, kullu nafsin za iqatul maut, setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati..atas sebab itu ramai antara kita yang mencari kepuasan dunia.hidup hanya sekali kata mereka..segala kenikmatan yang ada didunia mesti dan mesti dirasai sebelum terpejam mata.

namun seringkali kita terlupa,

bahawa mautnya seseorang anak adam itu hanya Allah yang tahu bilakah masanya dan atas kapasiti sebagai makhluk, itu diluar pengetahuan kita..masih ingatkan akan kisah si ‘abid dan adiknya seorang yang suka melakukan maksiat yang akhirnya matinya dalam keadaan si abang mahu melakukan dosa, dan si adiknya dalam keadaan mahu menyucikan diri? bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadahlah seolah-olah kamu akan mati keesokan hari..

~kita tahu tetapi seringkali kita terlupa~

al-khawarizmi [08:33 am]




5 Responses to “tahu tapi lupa”


  1. 1 harithkms
    November 30, 2009 at 1:57 am

    SAlam…semangat baru..sekarang kat ne??cter skit apa yang dibuat mengisi masa sebelum fly??

  2. 2 al-khawarizmi
    November 30, 2009 at 7:35 am

    wsalam..sekarang ni berkelana kat manchester la..haritu tak sempat buat pe sgt..tapi..pesan aku, banyakkan timba ilmu tyme cuti pnjg ni…bykkan membaca..bekalan sblm gi negara org..haritu au plan nak wat road trip keliling mesia, tapi masa plak mengizinkan..heh.Allah bg peluang gi fly awal

  3. December 2, 2009 at 1:21 pm

    assalamualayk

    jzkk atas comment. insya Allah, ia akan djadikan ingatan.btw, ni junior kms ib batch 4;aisyah.nice article by the way.semoga mendapat redha Ilahi

    barakallahufik

  4. 4 al-khawarizmi
    December 2, 2009 at 5:41 pm

    to aisyah: walaupon tak dpt nak recall yang mana satu, tp takpelah..tolong tengok2kan adik2 junior skrg n juga batch kamu..teruskan tugas2 kitorg yang tak tercapai dulu..mewujudkan biah solehah kat kms..

  5. 5 mawar berduri
    December 16, 2009 at 2:32 pm

    seorang insan dan sifat pelupa merupakan suatu yang tidak dapat dipisahkan.. apatah lagi jika kita kaitkan dengan asalnya insan itu daripada perkataan ‘nasiya’ yang bermaksud lupa dalm bahasa Arabnya.. Sebab itulah jika kita renungkan kembali akan fitrah kejadian manusia yang sering terlupa ini, betapa besarnya hikmah Allah menjadikan solat pada setiap 5 waktu untuk mengingatkan kembali manusia dengan Allah.. Betapa besarnya juga peranan ukhwah dalam Islam itu untuk kembali mengingatkan kita agar kembali kepada al-Quran dan as-Sunnahnya..
    “Melayu mudah lupa”..


Leave a Reply




save palestine

Photobucket

tarikh kita

buat saudaraku fillah..

saudaraku fillah, yakinilah bahawa hari esok pasti milik Islam..Islam itu datangnya dalam keadaan dagang dan akan kembali dalam keadaan dagang, maka beruntunglah orang yang dagang..tetaplah diatas jalan ini, dan jangan ditangisi segala ujian, tetapi hadapi ia dengan kesabaran..juga ingatlah kata Tuhanmu, la yukallifullahu nafsan illa wus'aha..saudaraku, jangan sesekali tunduk, mengalah dihadapan badai ujian kerana itu adalah sunnah orang berjuang!!

hit counter

  • 6,887 hits

asma’ ul husna

Photobucket

Archives

Recent Comments

jejak pengunjung