10
Nov
09

.:untuk semua:.

bismillahirrahmanirrahim…

ingin sekali aku dedikasikan tulisan ini buat rakan sehalaqahku..

ingin kutitipkan kata-kataku ini buat insan yang bergelar sahabat di luar sana.

ingin juga aku kongsikan nukilanku ini bersama semua kenalanku yang tetap dalam ingatan.

ingin aku tujukan bingkisan ini kepada sesiapa  yang sudi membaca lembaran maya di titianku ini.

…………………………………………………..

 

 

sahabat,

kita ini lemah bukan..sering tewas, kalah, tumpas atau apa saja yang membawa maksud yang sama.Kadang-kadang musuh tak perlu bersusah-payah, kita sudah tertewas. Bertepuk tangan melihat kita akur akan pujuk rayu mereka. dan adakalanya musuh sengaja menunjukkan apa yang dilakukan kita sungguh indah walau pada hakikatnya ibarat nanah..seringkali gugur kita dibuatnya..pelbagai medan meyaksikan gugurnya satu persatu anak adam..dan musuh kita, tersenyum girang..

sahabat,

lemah bukan satu-satunya pilihan kita..kita masih ada kuat sebagai pilihan..beserta manual kehidupan untuk dijadikan rujukan dan juga pedoman. bukankah ia diturunkan olehTuhan kita untuk dijadikan huda bagi orang-orang yang bertaqwa?  sunnah nabi menjadi pelengkap kepada apa yang diterangkan oleh al-quran..kita ada semuanya..manual, penerangan bahkan model untuk menunjukkan. Lengkap dan sempurna semuanya..kenapa lemah juga yang menjadi pilihan?

sahabat,

jangan jadikan lemah itu sebagai alasan untuk kita gugur, menyerah kepada keadaan, tunduk kepada rayuan dan bisikan syaitan..benar, fitrah manusia itu dijadikan lemah, tetapi Allah tidak sesekali membiarkan kita bermujahadah sendirian..sentiasa dibantu hamba-hamba yang ingin dekat kepadaNya..jika ia menghampiri Allah sejengkal cuma, maka sehasta Allah menghampirinya dan jika ia mendekati Allah dengan sehasta, maka sedepa Allah mendekatinya..jika ia berjalan untuk menemui Allah, maka berlari Allah mendapatkan ia..

sahabat,

sama-sama kuatkan diri, cekalkan hati, teguhkan sanubari dan insafi diri..belum terlambat kerana pintu ampunan Allah itu sentiasa terbuka luas menantikan harapan hambaNya bagi menyucikan jiwa..sedar dan ingat bahawa lemah bukan alasan, sebaliknya ia tak lebih dari sekadar pilihan..samada lemah atau kuat pilihan kita..sama-sama fikir dan renungkan, dan buatlah pilihan..

 

al-khawarizmi [11:38 pm]

 

 


5 Responses to “.:untuk semua:.”


  1. November 11, 2009 at 12:51 am

    baru baca post pokcik…

    pastu baca2 blog ni…terasa macam kesinambungan kepada post pokcik… =)

  2. 2 al-khawarizmi
    November 11, 2009 at 6:46 am

    ye ke..tapi ape blog pok cik eh??

  3. November 12, 2009 at 9:35 pm

    Salam….ana suka dengan layout blog ni. Insyaallah jika tak keberatan nak belajar tentang selok-belok blogging dari enta. Maklum lah ana baru lagi dalam dunia blogger ni. Kalau boleh nak juga letak pautan blog-blog lain dekat blog ana macam yg ada dekat blog enta. Siapa eh nama penulis blog ni?

  4. 5 al-khawarizmi
    November 12, 2009 at 10:56 pm

    ni ana lah..zol helmi manchester..


Leave a Reply




save palestine

Photobucket

tarikh kita

buat saudaraku fillah..

saudaraku fillah, yakinilah bahawa hari esok pasti milik Islam..Islam itu datangnya dalam keadaan dagang dan akan kembali dalam keadaan dagang, maka beruntunglah orang yang dagang..tetaplah diatas jalan ini, dan jangan ditangisi segala ujian, tetapi hadapi ia dengan kesabaran..juga ingatlah kata Tuhanmu, la yukallifullahu nafsan illa wus'aha..saudaraku, jangan sesekali tunduk, mengalah dihadapan badai ujian kerana itu adalah sunnah orang berjuang!!

hit counter

  • 6,887 hits

asma’ ul husna

Photobucket

Archives

Recent Comments

jejak pengunjung