12
Jul
09

SAM

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

aku mohon agar dijauhkan sifat riak, takbur, dan sombong serta ujub

aku berdoa agar dihadirkan dalam diriku sifat ikhlas, tawadhu’ serta mengharapkan inayah serta hidayah dariNya..

kisah seekor anjing pemburu, Sam… Sam seekor anjing yang sememangnya dilatih untuk memburu oleh tuannya..patuh serta tunduk akan perintah tuannya..sayangnya, dia dilahirkan sebagai seekor anjing…memegang title sebagai najis mughallazah..tapi apakan daya, sam akur akan hakikat itu..suatu hari, tuannya membawanya pergi memburu disebuah bukit di kampungnya..di kaki bukit, deria memburunya mengesan mangsa di atas bukit sana, lantas, kelenjar hormon dirangsang oleh naluri memburunya menyebabkan kuadrisepnya kembang kecut dan dia berlari untukmendapatkan mangsanya yang pertama..dapat juga dia mengejar akhirnya berkat latihan selama ini..sedang asyik menikmati habuannya, tiba2 sayup2 kedengaran suara tuannya memanggil..segera ditinggalkan habuannya itu dan dengan segera menuruni bukit ke arah tuannya itu..segla habunnya itu ditinggalkan semata2 mematuhi panggilan tuannya..itulah Sam..

itu kisah Sam..seekor haiwan yang diharamkan bagi kita ummat islam..sesetengahnya dianggap hina oleh kita..apa relevannya saya membawakan kisah Sam ini? sebuah kisah yang didengarkan kepada saya oleh seorang muzakkir tatkala menghadirkan diri di sebuah majlis ilmu baru2 ni..

kita ini manusia yang mana tarafnya boleh jadi lebih tinggi dari malaikat dan boleh saja jatuh tarafnya, lebih hina dari binatang..kita ini dihantar oleh Allah kedunia ini semata2 untuk mengabdikan diri kepadanya..cukuplah ikrar di dalam doa iftitah yang dibacakan kita dipermulaan solat , “solatku,ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuahn sekalian alam” mengingatkan kita.. tetapi suka saya bertanyakan soalan ini kepada diri saya, adakah di saat saya menikmati habuan dunia, saya segera kembali kepada tuhan saya, Allah..adakah saya bersegera mematuhi segala perintahnya ketika didunia ini? kekadang terasa seperti boleh menjawabnya, dan keganyakan masanya saya bntu memikirkan jawapannya..tak melangkah kita diakhirat nanti sehinggalah ditanya kepada kita apa yang sudah dilakukan dengan harta kita, masa muda kita etc..entah apa yang dapat saya jawab..

saya membawa perbandingan antara manusia dengan anjing, binatang yang tarafnya najs berat, tetapi amat patuh akan perintah tuannya, sedangkan kita, fikirkan lah..sedangkan anjing fham akan tuan,inikan pula kita yang dikurniakan akal,fahamkah kita dengan suruhan Tuhan..

sekian..

al-khawarizmi [12:40 pm]


2 Responses to “SAM”


  1. 1 aisyah ismail
    July 20, 2009 at 1:12 am

    lame x update blog.. byk prog eh? =)

  2. 2 al-khawarizmi
    July 22, 2009 at 5:00 am

    sibuk sikit 2 3 minggu nih..insya Allah akn aktif semula sedikit masa lagi..


Leave a Reply




save palestine

Photobucket

tarikh kita

buat saudaraku fillah..

saudaraku fillah, yakinilah bahawa hari esok pasti milik Islam..Islam itu datangnya dalam keadaan dagang dan akan kembali dalam keadaan dagang, maka beruntunglah orang yang dagang..tetaplah diatas jalan ini, dan jangan ditangisi segala ujian, tetapi hadapi ia dengan kesabaran..juga ingatlah kata Tuhanmu, la yukallifullahu nafsan illa wus'aha..saudaraku, jangan sesekali tunduk, mengalah dihadapan badai ujian kerana itu adalah sunnah orang berjuang!!

hit counter

  • 6,610 hits

asma’ ul husna

Photobucket

Archives

Recent Comments

jejak pengunjung