04
Dec
09

.:pesanan buat diri:.

bismillahirrahmanirrahim..

tulisan kali ini ditujukan khas kepada diriku yang memakai gelaran al-khawaizmi di alam maya ini..

kutujukan jua bingkisanku ini kepada sesiapa saja yamg sudi membaca coretan seorang insan biasa ini..

…………………………………….

wahai diri, engkau membawa gelaran Islam untuk namamu; Yang Memiliki Kesabaran, bahkan tersemat perkataan ISLAM dalam kad pengenalanmu, namun di mana Islam dalam kehidupanmu sehari-hari? jangan dicampakkannya merata-rata kerana Islamlah yang bisa membuatkan kau bahagia..oleh itu, tegakkanlah Islam dalam dirimu dan zahirkanlah dalam perbuatanmu..moga menjadi qudwah buat semua..

wahai diri, ada sesuatu yang aku perasan mengenaimu..al-quran itu kau baca setiap hari malah kau baca juga terjemahan yang disedian, namun jarang sekali aku melihat engkau tadabbur ayat-ayat yang itu..tak mahukah kau menjadi seperti generasi sahabat yang digelar generasi yang unik? yang menterjemahkan Al-quran dalam setiap tingkah laku..

wahai diri, kadang-kadang aku lihat kau begitu lemah jadinya, sering termakan bisikan dan cucukan musuhmu yang nyata, syaitan.. celalah dirimu, muhasabahlah apa yang telah engkau perbuatkan, dan bertaubatlah kepada Yang Maha Pengampun..bukankah engkau pernah membaca ayat Tuhanmu

“Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. “  [4:110]

wahai diri, engkau sedar bahawa engkau punya tugas berat yang menanti, namun aku kadang kala tak nampak engkau bersedia menghadapinya..tak terasakah bebannya? justeru, bersedialah dari sekarang..perbaiki dirimu, teguhkan aqidahmu, elokkan akhlakmu dan jagalah ibadahmu..moga2 engaku menjadi rijal qowiy yang mampu menjadi singa dalam menegakkan deen ini..

tunduk dan patuhlah kepadaNya

wahai diri, aku tahu bahawa engkau seringkali merasakan bahawa kau keseorangan dalam menghadapi setiap mehnah dan ujian yang melanda..tetapi ketahuilah bahawa ada sahabat2mu yang sedia menyokongmu..ada ibu bapa yang sentiasa dibelakangmu..dan yang paling utama ada Allah memeliharamu..bukankah Dia itu Maha Pemelihara. jangan segan meminta kepadaNya..insya Allah dipenuhi permintaanmu itu..

wahai diri, teruskan,teruskan, teruskan..teruslah mencari kebenaran, teruskan memperbaiki diri dan teruskan apa yang telah engkau mulakan..jangan berundur walau setapak, sebaliknya maralah dengan penuh gagah..moga agama ini tertegak ditanganmu dan mereka2 yang berjiwa sepertimu, berjiwa salahuddin insha Allah.

al-khawarizmi [9:29 am]

28
Nov
09

tahu tapi lupa

bismillahirrahmanirrahim…

kutujukan tulisanku ini buat semua buat berkongsi apa yang tersirat dihati, dan kini terzahir di tinta maya ini..

kutujukan juga bingkisanku ini kepada semua sahabat terutama teman sehalaqahku beserta salam cinta dan juga rindu ukhuwah kerana Allah…


kita sebenarnya tahu,

bahawa Allah melihat segala perbuatan kita, dari bangkitnya dari tidur sampailah diri terlena keesokan harinya..diawasinya kita, dicatatnya segala amalan kita, bahkan dijaganya kita bagi mereka yang beriman sebagaimana yang kita imani bahawa allah itu Mengetahui dan Menjaga antara sifatnya..

namun seringkali kita terlupa,

bahawa musuh sentiasa mencari peluang membisikkan kejahatan dalam diri kita..menyorok mereka hinggalah tiba waktu yang sesuai untuk membisikkan kejahatan dalam diri manusia..iaitulah ketika mana hati manusia itu lalai dalam mengingati Allah SWT..hatinya diisi dengan perkara-perkara yang melalaikannya dari zikrullah lantas memberi peluang kepada musuh manusia yang nyata ..

“aku berlindung kepada Tuhan manusia, raja manusia, Sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari jin dan manusia” (an-nas:1-6)

kita sebenarnya tahu,

bahawa segala apa yang berlaku adalah kehendaknya..semua yang terjadi atas keizinanya, tertulis sudah semuanya didalam Lauh Mahfuz akan hidup matinya seseorang anak adam itu..berjaya dan gagal kita semuanya kerana Allah tetapi bersandarkan kepada segala usaha yang dicurahkan..itulah salimul aqidah namanya..aqidah yang sejahtera..meyakini bahawa segala apa yang berlaku adalah kerana Allah.

sekadar gambar hiasan

namun seringkali kita terlupa,

bahawa kita juga sering menyalahkanNya apabila apa yang diharap tidak kunjung tiba, yang dirancang tidak membuahkan hasil yang sepatutnya hinggakan kadangkala betapa mudahnya kita mempertikaikan sesetengah keputusanNya..kita ini tidak mengetahui sifatnya, berlawanan sungguh dengan sifat Allah yang Maha Mengetahui..Dia mengenali diri kita lebih dari kita kenal diri kita sendiri..namun, insan tetap insan, sering terlupa.

“…..tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (2:216)

kita sebenarnya tahu,

bahawa hidup ini sekali dan mati itu pasti..fitrah makhluk, kullu nafsin za iqatul maut, setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati..atas sebab itu ramai antara kita yang mencari kepuasan dunia.hidup hanya sekali kata mereka..segala kenikmatan yang ada didunia mesti dan mesti dirasai sebelum terpejam mata.

namun seringkali kita terlupa,

bahawa mautnya seseorang anak adam itu hanya Allah yang tahu bilakah masanya dan atas kapasiti sebagai makhluk, itu diluar pengetahuan kita..masih ingatkan akan kisah si ‘abid dan adiknya seorang yang suka melakukan maksiat yang akhirnya matinya dalam keadaan si abang mahu melakukan dosa, dan si adiknya dalam keadaan mahu menyucikan diri? bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadahlah seolah-olah kamu akan mati keesokan hari..

~kita tahu tetapi seringkali kita terlupa~

al-khawarizmi [08:33 am]



13
Nov
09

la tahzan

Bismillahirrahmanirrahim…

Kutujukan bingkisan ini kepada mereka-mereka yang sedang berduka mahupun kepada mereka yang sedang bergembira..

Kutujukan juga tulisan ini buat sesiapa saja yang sudi membacanya..moga bermanfaat hendaknya.

Manusia lazimnya  berasa sedih ketika mendengar berita buruk yang melibatkan dirinya secara langsung ataupun secara tidak langsung..ada orang sedih ketika melihat apa yang berlaku tidak mengikut apa  yang dirancangkan terlebih dahulu..tidak kurang juga ramai yang bersedih mengenangkan peristiwa lampau sebagaimana sedihnya Umar ketika mengenangkan zaman jahiliyyahnya. Namun, ramai juga yang bersedih melihatkan kepada realiti ummat pada masa kini yang tetap jauh daripada jalan yang digariskan..ada juga yang berduka apabila si kekasih merajuk hati..

Secara tuntasnya, emosi  sedih ini merupakan suatu emosi yang sangat besar dalam diri kita..sesiapa saja yang memegang title manusia pasti akan merasakan dua perasaan ini samada secara sedar ataupun tidak..pendek kata manusia normal pastinya pernah mengalami emosi sedemikian

Mungkin ayat yang paling popular diucapkan apabila sedih berkunjung  tiba adalah: “la tahzan innallaha ma’ana”..jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita..hadith nabi yang sering diucapkan bagi memujuk hati kita mahupun teman sendiri. kita juga seringkali mendengar “ujian itu adalah tarbiyah daripada Allah”

Ini semua membawa kepada satu frasa kunci iaitu UJIAN..ramai yang pernah mendengarkannya, namun berapa ramai pula yang benar-benar REDHA akannya? Akur dengan aturan yang telah ditetapkan? Sudi menerima tarbiyah dari Allah..

Mungkin sebab Allah menghadirkan ujian itu kerana Allah rindukan rintihan kita meminta sesuatu dariNya..atau mungkin saja bagi mengembalikan kita kepadaNYa yang seringkali lalai tatkala mendapat rahmat mahupun nikmat dariNya.harus ada rasa bersyukur atas setiap ujian yang menjelma kerana itu jelas membuktikan allah mengasihi kita setiap masa..diujinya tahap keimanan kita walaupun ramai yang terbiar dilalaikan, hanya yang terpilih saja yang medapat rahmatNya..

Berapa ramai yang gugur apabila diuji Allah..disangkakan bahawa diri tidak disayangi walaupun sebelumnya mengimani bahawa allah itu Maha Penyayang sedangkakan dalam dirinya tersemat ayat Allah yang berbunyi “la yukallifullahu nafsan illa wus’aha”

jadi sahabat, renung-renungkan dan fikir-fikirkan..aku tinggalkan lagu ini buat semua..

Everytime, you feel like you cannot go on
You feel so lost
That you’re so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you’ll find your way
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ooo Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way… Showed me the way…
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah we’ll find the way

Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah we’ll find the way

p/s: juga sedang memujuk diri sendiri=]

al-khawarizmi [7:58 am]

 

10
Nov
09

.:untuk semua:.

bismillahirrahmanirrahim…

ingin sekali aku dedikasikan tulisan ini buat rakan sehalaqahku..

ingin kutitipkan kata-kataku ini buat insan yang bergelar sahabat di luar sana.

ingin juga aku kongsikan nukilanku ini bersama semua kenalanku yang tetap dalam ingatan.

ingin aku tujukan bingkisan ini kepada sesiapa  yang sudi membaca lembaran maya di titianku ini.

…………………………………………………..

 

 

sahabat,

kita ini lemah bukan..sering tewas, kalah, tumpas atau apa saja yang membawa maksud yang sama.Kadang-kadang musuh tak perlu bersusah-payah, kita sudah tertewas. Bertepuk tangan melihat kita akur akan pujuk rayu mereka. dan adakalanya musuh sengaja menunjukkan apa yang dilakukan kita sungguh indah walau pada hakikatnya ibarat nanah..seringkali gugur kita dibuatnya..pelbagai medan meyaksikan gugurnya satu persatu anak adam..dan musuh kita, tersenyum girang..

sahabat,

lemah bukan satu-satunya pilihan kita..kita masih ada kuat sebagai pilihan..beserta manual kehidupan untuk dijadikan rujukan dan juga pedoman. bukankah ia diturunkan olehTuhan kita untuk dijadikan huda bagi orang-orang yang bertaqwa?  sunnah nabi menjadi pelengkap kepada apa yang diterangkan oleh al-quran..kita ada semuanya..manual, penerangan bahkan model untuk menunjukkan. Lengkap dan sempurna semuanya..kenapa lemah juga yang menjadi pilihan?

sahabat,

jangan jadikan lemah itu sebagai alasan untuk kita gugur, menyerah kepada keadaan, tunduk kepada rayuan dan bisikan syaitan..benar, fitrah manusia itu dijadikan lemah, tetapi Allah tidak sesekali membiarkan kita bermujahadah sendirian..sentiasa dibantu hamba-hamba yang ingin dekat kepadaNya..jika ia menghampiri Allah sejengkal cuma, maka sehasta Allah menghampirinya dan jika ia mendekati Allah dengan sehasta, maka sedepa Allah mendekatinya..jika ia berjalan untuk menemui Allah, maka berlari Allah mendapatkan ia..

sahabat,

sama-sama kuatkan diri, cekalkan hati, teguhkan sanubari dan insafi diri..belum terlambat kerana pintu ampunan Allah itu sentiasa terbuka luas menantikan harapan hambaNya bagi menyucikan jiwa..sedar dan ingat bahawa lemah bukan alasan, sebaliknya ia tak lebih dari sekadar pilihan..samada lemah atau kuat pilihan kita..sama-sama fikir dan renungkan, dan buatlah pilihan..

 

al-khawarizmi [11:38 pm]

 

 

09
Nov
09

jangan banyak bertanya..

bismillahirrahmanirrahim..

permulaan:

lama sungguh membiarkan titianku ini terbiar berhabuk, tidak dikemas hingga ada yang bertanya adakah titianku ini sudah berkubur? terima kasih kepada yang bertanya..sibukkah aku? atau sengaja buat-buat sibuk? atau saja berpura-pura sibuk..

banyak benda yang menguji thiqahku setibanya di sini, namun, Alhamdulillah kini diberikan kekuatan untuk terus membesarkan ‘anak’ pertama ini..kembali dengan wajah baru dan mudah2an semangat baru..

pertengahan:

samada kita sedar atau tidak, manusia memang suka bertanya dan mungkin juga suka mempertikaikan akan sesuatu perkara..sejarah membuktikan sejak dari zaman adam lagi dimana peristiwa habil dan qabil berlaku juga disebabkan mempertikaikan jodoh yang diatur oleh nabi adam untuk anak2nya..masa berlalu dan manusia masih suka mempertikaikan dan bertanya walaupon pada hakikatnya mereka itu bukan mahu mencari jawapan..lihat saja pada bani israel sewaktu pemilihan talut menjadi raja mereka untuk mmerangi jalut.Lihat juga pada peristiwa dimana Allah memerintahkan mereka untuk menyembelih lembu, bermacam-macam soalan ditanya hatta warna lembu tersebut juga ditanya..

bukankah kita juga serupa..pernah atau tidak kita tertanya-tanya mengapa allah mewajibkan kita bersolat, puasa, dan sebangainya..mengapa matahari timbul dari sebelah timur? mengapa diwajibkan berjihad?

soalan??

kita mungkin boleh mencari HIKMAH atas setipa perkara tersebut, namun itu BUKAN sebab kenapa kita diwajibkan melakukan perkara2 tersebut.jika ditanya mengapa kita bersolat, usah dijawab “kerana solat boleh menjadikan kita sihat atas sebab bukti2 saintifik”..itu bukan sebab, itu hanyalah hikmah solat semata-mata..

dan juga, jangan bertanya soalan-soalan yang tidak munasabah untuk ditanya yang mana akhirnya jika dijawab akan menyusahkan diri kita..Rasulullah sendiri kadangkala hanya mendiamkan diri tatkala diajukan soalan oleh para sahabat, kerana Baginda tahu jika ia menjawab ‘tidak’, sudah tentu perkara tersebut menjadi haram..dalam hal ini Allah berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu menanyakan (kepada nabimu) hal-hal yang jika diterangkan kepadamu, (justru) menyusahkan kamu.jika kamu menanyakan ketika al-Quran diturunkan, (niscaya) akan diterangkan kepadamu.Allah telah memaafkan (kamu) tentang hal itu.Dan Allah Maha pengampun, Maha penyantun..Sesungguhnya sebelum kamu telah ada segolongan manusia yang menanyakan hal-hal serupa itu (kepada nabi mereka), kemudian mereka menjadi kafir” (al-maidah:101-102)

pengakhiran:

ada perkara yang boleh ditanya daan juga ada sesetengah perkara yang wajar didiamkan kerana mungkin itu adalah yang lebih baik..jangan banyak bertanya sebaliknya banyakkanlah amal kita sendiri..jangan asyik mempertikaikan..

 

al-khawarizmi [8:47 am]

18
Oct
09

suatu petang

bismillahirrahmanirrahim…

agak lama membiarkan titianku ini..Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan..persoalannya, adakah perlakuan diri ini selari dengan apa yang diucapkan..

suattu petang di bumi manchester yang ketika ini bersuhu dibawah 10 celsius, usai solat zuhur, saya seolah-olah terpanggil untuk membaca al-quran di whitworth park..entah kenapa negitu kepingin untuk membaca kitab Allah itu di sana..mungkin Allah ada perancangan utk saya di sana agaknya..

lantas, kitab suci yang menjadi petunjuk bagi org2 bertaqwa (ruj al-baqarah 2:2) itu saya capai..dimasukkan dalam poket sweater dan berangkat pergi ke park itu..subhanallah..sesungguhnya pada langi dan bumi itu terdapat tanda2 (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang2 yang beriman (37:3)..teringat saya akan ayat ini ketika melangkah masuk ke sana..cantik sungguh ciptaan Allah..sekarang musim autumn…daun2 berguguran..dan alangkah baik sekiranya dosa-dosa gugur seperti itu..

subhanallah

satu persatu muka surat al-quran dibuka hinggalah saya menemukan ayat yang bermaksud:

Bertanyalah kepada Bani Israil, berapa banyak keterangan-keterangan yang telah Kami berikan kepada mereka (sedang mereka masih ingkar)? dan sesiapa menukar nikmat keterangan Allah (dengan mengambil kekufuran sebagai gantinya) sesudah nikmat itu sampai kepadaNya, maka (hendaklah ia mengetahui) sesungguhnya Allah amat berat azab seksaNya. (2:211)

rasa seperti tepat ke muka..termenung panjang..quran ditutup dan mulalah muhasabah diri..mujur seorang diri disitu..monolog2 dalaman silih berganti..fikiran mula melayang, di mata terbayang akan segala apa yang dilakukan selama ini..sungguh lemah hambamu ini ya Rabbi…sungguh lemah dia ini ya Allah..Kau kurniakanlah kekuatan pada hambamu ini..

DSC00289

sekian

al-khawarizmi [4:43 pm]

02
Oct
09

jumaat pertama

bismillahirrahmanirrahim..

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya), (al-jumu’ah:9)

alhamdulillah..hampir seminggu berada di bumi manchester, yang rata2 di antara kita mengenalinya melalui manchester united..belum ada kesempatan lagi melawat ke old trafford dan melihat aksi bintang bola sepak, tapi insya Allah akan..

solat jumaat di sackville street building sebentar tadi..solat jumaat yang pertama di sini bagi saya..satu pengalaman baru rasanya apabila khutbah disampaikan dari bahasa lain selain dari bahasa melayu..tiada teks yang dibaca, semuanya lahir dari lisan khatib yang bertugas..sungguh berbeda daripada khutbah yang disampaikan di malaysia yang rata2nya membaca teks yang disediakan..bosan juga kadang kala..

tak salah untuk membaca teks, tapi pendapat peribadi mengatakan bahawa tak salah jika menjadikan teks itu menarik dan relevan dgn isu semasa dan juga isu masyarakat..kadang kala jemaah yang hadir juga tertidur mendengarnya..namun pernah juga saya menghadiri solat jumaat di seremban tika perang palestin awal tahun dahulu..sungguh solat jumaat yang tidak dapat dilupakan dan mungkin juga solat jumaat paling best pernah dihadiri:)

sekian, wassalam

al-khawarizmi [3:15 pm]

28
Sep
09

tempat baru

bismillahirrahmanirrahim..

post terbaru dari bumi manchester..alhamdulillah sampai di manchester ahad 27 sept..angin sejuk menyambut kedatangan para musafir kms..syukur yang amat sangat kerana setelah segala apa yang terjadi dan dilalui, dapat juga saya menjejakkan kaki di bumi manchester ni..alhamdulillah thummalhamdulillah..

jika dulu di malaysia, tak perlu risau tentang makanan halal, tapi bila da sampai tempat orang, semuanya perlu dipertimbangkan..mujur di manchester SANGAT SENANG nak cari makanan halal..syurga makanan halal bagi penduduk uk..berada di tempat baru, bermakna cabaran baru, suasana baru, kawan2 baru dan segala2nya baru..mudah2an dipermudahkan Allah segala urusan..

jazakallah kpd ikhwah2 yang sudi hantar di airport, akh omar, akh firdaus, akh yassir, akh arif, akh sani dan juga akh iqbal yang kebetulan mahu pulang ke sheffield malam tu..risalah al-banna, bekalan yang dihadiahkan oleh akh omar amat bermakna rasanya..iA akan dijadikan rujukan..

cukup rasanya post pertama dari bumi united kingdom..pemburuan bermula!!

al-khawarizmi [10:43 pm]

08
Sep
09

al-qadr, terbang

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, masih lagi diberikan kesempatan oleh Allah untuk merasai dan menghirup udara Ramadhan, bulan di mana turunnya Al-Quran yang baru sahaja kita sambut nuzul al-quran pada hari semalam..dan insya Allah pemburuan al-qadr mengambil tempat selepas ini..mudah2an dipertemukan kita dengannya..

teringat akan saya kenangan silam tatkala membuka topic lailatul qadr ini..malam al-qadr ini seringkali diceritakan malah boleh saya katakana wajib dibicarakan oleh para muzakkir ketika Ramadhan menjelang..saya tak terkecuali daripada mendengar kisah al-qadr ..apa yang ada dalam fikiran budak kecil ketika itu hanyalah pada malam itu Allah akan memperkenankan segala doa kita..lantaran itu, saya yang pada ketika itu dipengaruhi kuat oleh tv selalu berdoa agar diberikan kelebihan oleh Allah untuk terbang seperti superman (kuat pengaruh tv)..dijadikan cerita pula, apabila berdoa saban hari, timbul pula di fikiran saya, jika Allah perkenankan doa itu, dan saya mmg boleh terbang, macam mana saya nak turun (mendarat) ?maka dipendekkan cerita, saya mengumpulkan doa saya seperti berikut:

“Ya Allah, berilah aku kelebihan untuk terbang dan juga boleh mengawalnya supaya aku boleh turun selepas terbang”

Hampir setiap hari di sepuluh hari terakhir ramadhan itu saya cuba melompat dari kerusi..manalah tahu boleh terbang betul2 =] sungguh naïf..Itu kisah zaman kecil dahulu..begitu tebal dalam diri akan keyakinan kepada Allah untuk mengabulkan doa pada malam al-qadr hinggakan terbang menjadi intipati doa..

“sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-quran) pada malam kemuliaan, dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?, malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turun malaikat2 dan malaikat jibrail dengan izin tuhanNya untuk mengatur segala urusan, malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar, “ (al-qadr 97:1-5)

Sama2 mencari lailatul qadr ini..suatu promosi oleh Allah kepada ummat Muhammad yang rata2 pendek umurnya berbanding dgn umur umat2 terdahulu..hidupkan malam dengan beribadah..sekurang2nya solat 2 rakaat.tiada apa yang merugikan melainkan keuntungan semata-mata..ambil peluang ramadhan ini kerana entah kita bertemu lagi dengan ramadhan akan datang..

Mudah2an Ramadan ini Berjaya mencapai objektifnya iaitulah melahirkan mereka yang bertaqwa ..

Al-khawarizmi [03:57 pm]

05
Sep
09

pelangi..

Bismillahirrahmanirrahim…

Dalam dunia ini memang banyak perkara yang kita impikan dan pada masa yang sama banyak perkara yang kita rancangkan..sedar atau tidak dalam banyak-banyak perkara yang kita rancangkan itu, tentu sekali ada yang sama sekali tidak mengikut perancangan kita..kita seringkali menyalahkan Yang Esa kerana apa yang kita rancangkan tidak menjadi sedangkan bukankan Dia telah mengingatkan bahawa Dialah sebaik-baik perancang?? Jangan kita mempersoalkan perkara yang telah terjadi, kerana Allah mempunyai perancanganNya yang tersendiri membatasi perancangan makhluk.

Jangan bersedih kerana apa pun yang terjadi pasti akan ada hikmahnya dan menjadi tugas kita mencari hikmah tersebut..Allah tidak akan sesekali membebani hambaNya dengan ujian yang tidak mampu untuk ditanggungnya (ruj 2:286)..teringat akan saya dialog dalam filem syurga cinta :

“kadang2 Allah hilangkan matahari dan datangkan petir dan kilat.kita tertanya-tanya kemana hilangnya matahari, rupa2nya Allah memberi kita pelangi”

Kadang-kadang kita merasakan bahawa perancangan allah itu tidak adil walaupun kita mengakui bahawa Dialah yang Maha Adil..tetapi saya percaya bahawa diakhirnya nanti kita akan menyedari bahawa itulah yang terbaik buat diri kita lantas dipanjatkan syukur kepada Allah atas apa yang terjadi..bukankah Allah lebih mengenali kita lebih dari kita mengenali diri kita sendiri?

~mara menarik balik program insentif penghantaran student kms ke UK pada saat2 akhir atas sebab kekurangan peruntukan kewangan..saya salah seorang daripada yang terjejas..insya Allah ausie menjadi medan dakwah dan tarbiyah selepas ini..doakan saya..

al-khawarizmi [11:55 am]




save palestine

Photobucket

tarikh kita

buat saudaraku fillah..

saudaraku fillah, yakinilah bahawa hari esok pasti milik Islam..Islam itu datangnya dalam keadaan dagang dan akan kembali dalam keadaan dagang, maka beruntunglah orang yang dagang..tetaplah diatas jalan ini, dan jangan ditangisi segala ujian, tetapi hadapi ia dengan kesabaran..juga ingatlah kata Tuhanmu, la yukallifullahu nafsan illa wus'aha..saudaraku, jangan sesekali tunduk, mengalah dihadapan badai ujian kerana itu adalah sunnah orang berjuang!!

hit counter

  • 6,657 hits

asma’ ul husna

Photobucket

Archives

Recent Comments

jejak pengunjung